[Review] Space Sweepers (2021) (Kor) – “Biasa2 je”

10/2/2021, Selasa, Netflix

Space Sweepers (Kor)

2.5/5 dari #kimireview

“Star Wars + GOTG + Avatar = Space Sweepers”

Genre:
– space adventure, action, post-apocalypse

Expectations:
– Aku nampak hype sangat. Jadi aku give a try.
– Fyi, filem ni menelan kos 21.2USD. Yela. Main CGI 95%
– Disebabkan aku susah nak ingat nama Korea dan Jepun kecuali Ma Dong Seok, maka selepas aku setel filem ni, aku wiki skit, rupanya bukan pelakon biasa2. Semua star.
– Song Joong-ki (The Battleship Island(2017), Kim Tae-ri(Mr Sunshine drama), Jin Seon-kyu(Extreme Job(2019).

Plot summary/synopsis/premise:
– Pasal sekumpulan pengutip sampah angkasa (hence gelaran space sweepers. Duh) dalam kapal The Victory, terjumpa sebuah robot budak yang boleh meletup. Disebabkan semua nak duit, diorang cuba terlibat dengan gomen.

Theme:
– father daughter, post apocalyptic earth, action

Effects:
– CGI filem ni bagi aku awesome. Setanding filem barat. Aku rasa kalau tengok dengan surround system lagi power.

Setting movie:
– kat angkasa lepas, 2092.

Rumusan:
– Selain dari hype budak tu comel dalam movie ni, movie space pertama Korea, CGI tiptop, yang lain biasa je.
– Antara pengaruh kuat dalam filem ni yang aku perasan ialah Star Wars(tembak2 jet dan Vader on hunt), GOTG(pirate ship with crews, watak Tiger similar dengan Yondu), Avatar(Quaritch on hunt).
– Netflix cam biasa dengan agenda dia. Yang buat aku marah, isu tak penting tapi nak jugak selit LGBTQ. Kali ni robot ada gender confusion. Geddit? Defish. Robot kalau suara laki, laki la dia. Suara perempuan, perempuan la dia. Nak buat dia keliru kenapa?
– Paling tak tahan dialog last dalam filem robot tu tanya budak tu, “suara perempuan mana yang ok?” (Sebab dia nak download beli suara tu). Pastu budak tu cakap “takpa. Suara sekarang(suara laki) pun dah ok”.
– selowww dia nak melibatkan budak2 pulak untuk normalisation LGBTQ diorang.

“In space, there’s no up and down”

Escapism/interpretive:
– i would give a go kalau nak tengok production house Korea on filem angkasa pertama diorang. Tapi don’t expect much la.

Nombor siri: 20210201-02

Leave a comment